another Muslim story…

Archive for January, 2014

lets tadabbur! ^^

Assalamu’alaikum wbt…

Tadabbur surah al Hujuraat ayat 14-17

by Ustaz Salam.

 

Bismillahirrahmanirrahim…

*Rujuk mushaf dan tafsirnya yer^^

 

(AYAT 14)

Saya dah beriman. Tak! Awak belum beriman. Maknanya, aku ni kafir lah. Eh, tak. Kamu ni islam, Cuma belum beriman.

 

Allah kata kat orang arab Badui → iman (NO), islam (YES). Mereka ni bukan tak beriman, Cuma belum beriman.

 

Contohnya, kita jumpa orang putih dan nak kahwin dengan dia. Then kita kata,awak masuk islam dulu ya, bukan awak masuk iman dulu ya. Ke kita kata, awak  boleh kahwin dengan saya, tapi awak kena beriman dulu. Beriman dalam hati kan?

tapi nak masuk islam mudah je. Gi pejabat qadi cakap saya nak masuk islam. Pastu esok dah boleh kahwin.

 

Takkan sorang tu lepas tukar agama, yakin terus dan terus beriman! Kalau gitu, nak jadi beriman, tukar nama lah.

 

Jadi betul lah apa yang Allah kata, orang Badui ni senang nak masuk islam. Contohnya, masa zaman parameswara kat Melaka dulu. Berapa hari orang boleh masuk islam on the spot lepas parameswara masuk islam? Tapi arwah tok nenek kita yang hidup zaman tu islam ke iman? ISLAM. Mereka bukan beriman. tapi Kita tak boleh kata mereka tu kafir. Sebab diorang dah masuk islam. Kita boleh kahwin dengan dia, Kita boleh makan sembelihan dia dan semualah hukum-hukum yang berkaitan dengan islam boleh pakai. Jadi, orang islam tu  tak semestinya beriman. Tapi orang beriman semestinya islam.

 

Kita kata kita masuk islam; bukan masuk iman.

POINT:

Jangan mudah-mudah rasa kita ni dah beriman. Iman ni percaya. Percaya tak boleh sekelip mata.

Contohnya, macam mana kita tahu kita ni kena beriman kepada Allah, kepada rukun iman? Sebab mak ayah kita suruh kita beriman kan masa kita kecil? Wahai si polan, kita orang islam wajib beriman kepada Allah dan rukun iman. Sama macam kat sekolah. Ustaz pun ajar macam tu. Iman bukan boleh dipaksa. Contohnya, NASA keluarkan berita ada 1 kampung melayu di planet marikh. Berita ni tersebar. Tapi tak ramai yang percaya.. Melainkan kita tengok dengan mata kepala kita sendiri dan Tanya orang2 dari planet tu, are u Malays? Baru la rasa boleh beriman dgn berita NASA tu.

Iman ni masuknya perlahan2… sampai ada turning point..bukan mengejut. Allah kata, iman belum lagi masuk dlm hati kamu…Iman baru gedik2 kat luar hati kita duk intai2..tak nak masuk lagi…

Contohnya, Saidina Umar… bukan tiba-tiba je dia beriman. Dah banyak benda yang mendetikkan hati dia sampailah ada turning point untuk dia…

 

 

(AYAT 15)

Orang Badui tak puas hati. “Kata kita tak beriman. Habis tu, beriman tu macam mana?”

Orang beriman, duduk dalam lingkungan 5 benda ni;

Picture1

 

(AYAT 16)

Orang Badui tak puas hati lagi…

Sekarang  ni siapa yang lebih pandai? Allah ke kamu? Kamu nak mengajar Tuhan tentang agama? (qul atu ‘allimuunallaha bidiinikum?) Sekarang ni agama ni agama Allah. Kalau nak beriman, kena ikut la peraturan Allah.. Definisi Allah tentang beriman memang macam ni. Kalau tak nak ikut, tak payah la..

 

 

(AYAT 17)

Orang Arab Badui kata lagi kat Nabi Muhammad,” Nasib baik (mujur) kami ni Islam. Kalau kami tak Islam, engkau sorang-sorang la.”

Contoh: Mutarabbi kata,” Naqibah, elok-elok skit. Kalau tak buat baik dengan kami, nanti kami lari. Kalau kami tak dtg, kakak tak dapat la title naqibah. Berhati-hatilah dengan kami..”

Ada ke nak suruh Nabi berterima kasih dengan diorang? Sepatutnya diorang la yang kena berterima kasih dengan Nabi sebab Nabi dah sampaikan kebenaran dan buatkan diorang sampai faham. Kalau diorang tak nak ikut sudah.. Nabi bukannya rugi pun. Ramai lagi yang nak ikut tarbiyah… Kalau nak ikut, jangan ungkit-ungkit dengan ayat “Mujur2…”  Kita dah buat kerja kita. Awak tak nak terima sudah.

Contoh dalam buku Muntalaq, seorang sahabat Nabi,dia tak nak terima islam hinggakan lepas pembukaan kota Mekah. Lepas 8 tahun Nabi ajak. Dia sangat menyesal sebab dia baru sedar orang yang masuk islam lagi awal lagi banyak dapat pahala.

 

 

Sodaqallahul’azim…