another Muslim story…

Latest

you, my lil bff

—–@ today is your day.

Exactly a year ago, 22 November, you were born into this dunya as a khalifah inshaallah and definitely as a traveller..

Thank you Allah sebab dah pinjamkan seorang hamba Allah yang sangat a very good-boy pada kami suami isteri… Subhanallah Usaid cerdik angat, cepat belajar, kadang-kadang cheeky, buat lawak hiburkan hati umi abi.. tapi bila angin ribut kus-kus dia datang, time tu umi rasa nakkk je bungkus dia masuk perot balik ni hah LOL

Dear Usaid,

Terima kasih sebab dah ajar Umi jadik monster. Only now i realised that i actually have ten multi-functional fingers. Umi mintak maaf as am far from perferct to be a good mom to you.. kadang umi garang, banyak masa umi sayang taw..

Umi promise to protect you all the time, cuma kalau ada cik lipas thorbang, umi terpaksa surrender dulu (>.<)

Umi tak mintak banyak, umi cuma nak Usaid hidup untuk tunaikan janji pada Tuhan. Moga Umi dapat kembalikan Usaid pada Tuhan dalam nikmat iman & islam :’)

 

HAPPY BIRTHDAY Usaid bin Muhammad Harith…

umi sayang Usaid to the moon and back lah hiks

IMG_4063[1]

Allahumma faqihhu fiddeen wa ‘alimhu taweel

lets tadabbur! ^^

Assalamu’alaikum wbt…

Tadabbur surah al Hujuraat ayat 14-17

by Ustaz Salam.

 

Bismillahirrahmanirrahim…

*Rujuk mushaf dan tafsirnya yer^^

 

(AYAT 14)

Saya dah beriman. Tak! Awak belum beriman. Maknanya, aku ni kafir lah. Eh, tak. Kamu ni islam, Cuma belum beriman.

 

Allah kata kat orang arab Badui → iman (NO), islam (YES). Mereka ni bukan tak beriman, Cuma belum beriman.

 

Contohnya, kita jumpa orang putih dan nak kahwin dengan dia. Then kita kata,awak masuk islam dulu ya, bukan awak masuk iman dulu ya. Ke kita kata, awak  boleh kahwin dengan saya, tapi awak kena beriman dulu. Beriman dalam hati kan?

tapi nak masuk islam mudah je. Gi pejabat qadi cakap saya nak masuk islam. Pastu esok dah boleh kahwin.

 

Takkan sorang tu lepas tukar agama, yakin terus dan terus beriman! Kalau gitu, nak jadi beriman, tukar nama lah.

 

Jadi betul lah apa yang Allah kata, orang Badui ni senang nak masuk islam. Contohnya, masa zaman parameswara kat Melaka dulu. Berapa hari orang boleh masuk islam on the spot lepas parameswara masuk islam? Tapi arwah tok nenek kita yang hidup zaman tu islam ke iman? ISLAM. Mereka bukan beriman. tapi Kita tak boleh kata mereka tu kafir. Sebab diorang dah masuk islam. Kita boleh kahwin dengan dia, Kita boleh makan sembelihan dia dan semualah hukum-hukum yang berkaitan dengan islam boleh pakai. Jadi, orang islam tu  tak semestinya beriman. Tapi orang beriman semestinya islam.

 

Kita kata kita masuk islam; bukan masuk iman.

POINT:

Jangan mudah-mudah rasa kita ni dah beriman. Iman ni percaya. Percaya tak boleh sekelip mata.

Contohnya, macam mana kita tahu kita ni kena beriman kepada Allah, kepada rukun iman? Sebab mak ayah kita suruh kita beriman kan masa kita kecil? Wahai si polan, kita orang islam wajib beriman kepada Allah dan rukun iman. Sama macam kat sekolah. Ustaz pun ajar macam tu. Iman bukan boleh dipaksa. Contohnya, NASA keluarkan berita ada 1 kampung melayu di planet marikh. Berita ni tersebar. Tapi tak ramai yang percaya.. Melainkan kita tengok dengan mata kepala kita sendiri dan Tanya orang2 dari planet tu, are u Malays? Baru la rasa boleh beriman dgn berita NASA tu.

Iman ni masuknya perlahan2… sampai ada turning point..bukan mengejut. Allah kata, iman belum lagi masuk dlm hati kamu…Iman baru gedik2 kat luar hati kita duk intai2..tak nak masuk lagi…

Contohnya, Saidina Umar… bukan tiba-tiba je dia beriman. Dah banyak benda yang mendetikkan hati dia sampailah ada turning point untuk dia…

 

 

(AYAT 15)

Orang Badui tak puas hati. “Kata kita tak beriman. Habis tu, beriman tu macam mana?”

Orang beriman, duduk dalam lingkungan 5 benda ni;

Picture1

 

(AYAT 16)

Orang Badui tak puas hati lagi…

Sekarang  ni siapa yang lebih pandai? Allah ke kamu? Kamu nak mengajar Tuhan tentang agama? (qul atu ‘allimuunallaha bidiinikum?) Sekarang ni agama ni agama Allah. Kalau nak beriman, kena ikut la peraturan Allah.. Definisi Allah tentang beriman memang macam ni. Kalau tak nak ikut, tak payah la..

 

 

(AYAT 17)

Orang Arab Badui kata lagi kat Nabi Muhammad,” Nasib baik (mujur) kami ni Islam. Kalau kami tak Islam, engkau sorang-sorang la.”

Contoh: Mutarabbi kata,” Naqibah, elok-elok skit. Kalau tak buat baik dengan kami, nanti kami lari. Kalau kami tak dtg, kakak tak dapat la title naqibah. Berhati-hatilah dengan kami..”

Ada ke nak suruh Nabi berterima kasih dengan diorang? Sepatutnya diorang la yang kena berterima kasih dengan Nabi sebab Nabi dah sampaikan kebenaran dan buatkan diorang sampai faham. Kalau diorang tak nak ikut sudah.. Nabi bukannya rugi pun. Ramai lagi yang nak ikut tarbiyah… Kalau nak ikut, jangan ungkit-ungkit dengan ayat “Mujur2…”  Kita dah buat kerja kita. Awak tak nak terima sudah.

Contoh dalam buku Muntalaq, seorang sahabat Nabi,dia tak nak terima islam hinggakan lepas pembukaan kota Mekah. Lepas 8 tahun Nabi ajak. Dia sangat menyesal sebab dia baru sedar orang yang masuk islam lagi awal lagi banyak dapat pahala.

 

 

Sodaqallahul’azim…

ingat mereka. doakan mereka.

 

Kalau aku ingat mereka, aku doakan mereka. Meluncur laju, kata-kata itu terlintas dimindaku.

 

 

pic: credit

 

masyaAllah. Lihatlah mereka. Tersenyum umpama dunia ini sudah digenggaman mereka. Kuat fizikal bahkan iman mereka. Janji Allah itu pasti. Islam pasti kan menang.

 

Lantas berpegang akan janji itu, kaki mereka kan berpasak kuat di bumi sana. Pertahankan maruah milik mereka. Bahkan maruah kita semua. Aku jadi sayu. Kenapa makin aku ingatkan mereka, makin aku rasakan siapa mereka untuk aku peduli?

 

Di korek-korek sebuah hati hitam. Melihat hati sendiri. Jawapan itu sedia ada. Aku yang sering lupa mereka saudara seislamku. Satu AQIDAHku. Astaghfirullah. T_T

 

Kalau aku ingat mereka, pasti aku doakan mereka, kan? Kenapa lewat-lewat doaku sering tersasar doa yang satu untuk mereka. Tak mampu untuk berjuang di sana, maka aku sekurang-kurangnya mengangkat tangan dan menadah penuh kerdil;

 

” Allahummansurul islam wal mujahideen fi misr, suriah, falestin, ghozah…”

 

Musim sejuk. Kasihani mereka ya Allah. Aku malu untuk meminta kepadaMu agar mereka diberi kekuatan kerana aku tahu, kekuatan merekalah yang melebihi segala-galanya. Kekuatan yang sudah lama dipinjam daripadaMu. Bahkan akulah sebenarnya harus jadi sekuat mereka!

 

“Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”

[HR Bukhari]

 

Jangan biarkan mereka…

pic: credit

 

Gantikan tangisan mereka dengan senyuman, will u?

Bismillah…

 

Musim luruh. Musim yang sangat saya gemarkan.

 

 

Daun-daun itu gugur, mengharapkan gugurnya juga dosa-dosa yang sering memenuhi hati dan dilemparkan jauh ke luar kotak hati. Daun itu berubah rupa dan warna, menanti saat untuk luruh ke bumi, yang hanya mengharapkan keredhaan dariNya. Kerana ianya kan hanya hamba ciptaanNya.

Maka ia taat, patuh dan redha akan perjalanan hidupnya.

Tapi ketika hayatnya, bukan  sia-sia. Memberi manfaat sepenuhnya kepada makhluk-makhluk ciptaanNya yang lain.

 

 

Musim luruh itu bagiku umpama Allah sedang mengingatkanku tentang kehambaan kepadaNya yang Satu.

 

Erti kehambaan.

Erti ketaatan.

Erti kecintaan.

Erti pengorbanan.

Erti bersyukur.

 

Musim yang sangat cantik dan mengundang ketenangan hati. 

Memberi nikmat jika cuba memahami apa yang tersirat.

Cantik di pandangan mataku.

Cantik lagi di pandangan mata Allah. Sang Pencipta. Subhanallah..

 

 

autumn rainbow

pic: credit

“The leaves are starting to fall. These trees are so massive, so majestic, and yet they comply. With every order, they comply. Told to change, they transform. From green to yellow to red to orange. Told to let go, they sacrifice themselves to decorate the world. They let go of even vital parts of themselves, parts of their own bodies. Their leaves drop to the ground, upon command. Told to serve, they shade. Told to stand tall, they stand. Told to bow, they bow.”

 

– Yasmin Mogahed, 2013

 

Ayuh kita sama-sama hadirkan rasa dan pengertian itu. ;’)

 

itu kehidupan.

Bismillah.

 

Punya masa dan ruang untuk menulis. Alhamdulillah..

Banyak peristiwa yang telah berlaku di dalam hidup ini. Mengajar aku menjadi lebih dewasa. Aku dan juga kamu.

 

 

Jika di toleh kembali kebelakang dan di urai-urai kesemua peristiwa itu, pasti kan ada hikmahnya dan dapat diambil ibrahnya. Kerana setiap waktu gembira dan duka kita adalah anugerah dariNya. Bergantung kepada kita untuk menilainya kembali.

 

 

tetapi hidup juga kan harus di teruskan. Aku dan juga kamu. Hari-hari yang lalu itu dijadikan sebahagian pengajaran hidup supaya tidak lari jauh dan hari-hari depan diimpikan juga untuk diwarnai. BersamaNya. Senyum. =)

 

 

“Around here, however, we don’t look backwards for very long. We keep moving forward, opening up new doors and doing new things, because we’re curious… and curiosity keeps leading us down new paths.”  

-Walt Disney, Meet the Robinsons

 

 

Untuk membuatnya tidak sesenang seperti kita bercakap. Itu sunnatullah. AturanNya.

 

Tetapi mengingatkan Dia itu berada dekat dengan kita selalu tatkala yang lain meminggirkan, hati jadi lantas terpujuk perlahan-lahan. Bisikan-bisikan cinta dari Allah meresap perlahan-lahan ke dalam setiap ruang hati. Aku jadi gagah meski tidak segagah Umar.

 

“Dan ada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.”

[As-Saff:13]

 

 

Semoga Yang Maha Penyayang itu selalu pandu hati-hati kita. Kerana kita hanyalah hambaNya yang sangat tidak sempurna. Penuh dengan kekurangan dan kehinaan.

 

Tersenyum untuk kesekian kalinya. Subhanallah.

Terima kasih Ya Rabb kerana mengurniakan hari-hari indah dalam hidupku.

 

 

Aku rindu akan saat itu. Saat hati-hati kita masih bertatih belajar untuk bangkit bersama. ;')

Aku rindu akan saat itu. Saat hati-hati kita masih bertatih belajar untuk bangkit bersama. ;’)

 

 

Sampai sini.

 

 

Hikmah Kembara

Bismillah…

 

 

We do not remember days; we remember moments

 -Cesare Pavese

 

 

DSC01108a_Fotor

 

 

 

 

 

DSC01131a_Fotor

 

 

 

 

DSC01151a_Fotor

 

 

 

 

 

DSC01419a_Fotor

 

 

 

 

 

DSC01502a_Fotor

 

 

 

 

 

DSC01343a_Fotor

 

 

 

 

 

 

DSC01578a_Fotor

Alhamdulillah.

 

 

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir

 

-Hikmah Kembara, Mirwana-

 

Aside

[…7]




” at this moment, even a little cut on finger can lead to tears.. “


 





Recharge

Bismillah..

 


Subhanallah.. Bukan sekali hati menjadi kagum lantas tenang dengan kata-kata mereka. Mereka yang di kirimkan olehNya untukku.

Sosok yang terjaga.

Akhlak yang tercontoh.

Senyuman yang manis.

Cakap yang penuh dengan ilmu Allah.


Hari ini berulang sama seperti minggu-minggu yang lepas.

Hari yang bukan kita atau dia yang memilih. Tapi hari yang telah Allah takdirkan untuknya terjadi. Kerna Allah penuh dengan rahsiaNya, kan?

Kitab yang penuh dengan ayat-ayat cintaNya di buka seperti biasa.

 


Sungguh.

Hakikat bahawa aku yang perlu mengejar tarbiyah, bukan tarbiyah yang perlu mengejar aku sudah lama ku hadam akan hakikat itu..

Tarbiyah itu seperti hidup di hati mereka. Keberadaan Allah seolah-olah benar di hadapan mata mereka.

Itulah yang seharusnya terjadi. Tarbiyah yang mampu menggetarkan hati. Mengkacakan mata-mata.

Menggegarkan iman lantas membuahkan niat untuk berjihad sebenarnya jihad. Menyahut seruan Ar-Rasul.

Astaghfirullah…

 


“ Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.”

 

 

 

Kenangan itu berlayar lagi di ruang mata lantas menjadikan aku berada di dunia sendiri seperti waktu terhenti lagaknya.

Berkali-kali hati di ketuk.

Hati keras dan degil lantas menepis-nepis ketukan itu. Mungkin ianya tertutup dengan keseronokan yang tiada penghujungnya. Mungkin ianya masih terlalu mentah untuk menyahut panggilan-panggilan luar biasa itu.

Namun, suratan Allah tak terjangkau dek akal manusia biasa.

 

 

 


Saat hati pertama kali tersenyum mengenalMu, pertama kali mengucup tarbiyyah. Manisnya saat itu. Hati berbunga-bunga, bibir tersenyum sendiri. Manisnya rasa itu,hanya Allah sahaja yang tahu. Allahururrahman. Kekalkan rasa ini selama-lamanya.. :‘)

 



“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum,

sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada mereka sendiri”

(13:11)

 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.




Ini cerita saya. Ini mungkin juga cerita kamu.

USIM, KL 2010


Image

Musim bunga itu…

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Saat hati kita rasa sangat lemah

Bukan mahu biarkan ia jatuh terus

Tapi masih cuba menjadi kuat

Kuat seperti sang bunga yang tidak layu di tiup angin

 

 

credit: google

credit: google

Subhanallah…

Walaupun tidak berada di negara empat musim

Tetapi tempiasnya sampai ke sini

Membuatkan hati girang

Lantas membuahkan senyum

Dalam diam

 

 

“ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesutau?:

Fussilat:53

 

 

Musim ini

Masing-masing punya cerita

Cerita bahagia, cerita sedih

Semuanya dalam pengetahuan Yang Maha Mengetahui

 

Alhamdulillah

Allah masih bagi peluang untuk terus belajar menjadi kuat sampai hari ini :’)

 

p/s: selamat bergembira kawan2.. semoga semuanya dalam redhaNya…=)

[…6]

 

 

Image

::Quoted::